Thursday, August 20, 2009

Jambori Amal Johor 2009

Alhamdulillah, Jabatan Amal Negeri Johor pada tahun ini telah pun berjaya menganjurkan Jambori Amal Negeri yang diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 14hb Ogos hingga 16hb Ogos yang lalu. Walaupun sedikit diuji dengan masalah tempatan, berkat kecekalan hati dan keikhlasan menabur bakti kepada masyarakat, Jambori Amal Negeri Johor tetap terus berlangsung dengan pelbagai program menarik yang dianjurkan.











Hingga bertemu di Jambori Kebangsaan nanti.

Sunday, August 02, 2009

Jamboree Amal Johor 2009

Jabatan Amal Negeri Johor dengan kerjasama penduduk-penduduk daerah Muar Johor akan mengadakan Jamboree Amal peringkat negeri Johor yang akan diadakan di Sg. Sudah & Sg. Resik, Muar Johor bermula 14hb hingga 16hb Ogos 2009.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah perkhemahan, kembara Amal, program anak angkat bersama lebih kurang 100 keluarga penduduk kampung Sg. Sudah dan banyak lagi aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan.

Penyertaan terbuka kepada semua ahli-ahli amal di seluruh negeri Johor. Keterangan lanjut & penyertaan boleh menghubungi penyelaras Amal kawasan masing-masing atau emelkan kepada unitamaljohor@gmail.com

~ Beramal Kerana Allah