Thursday, July 30, 2009

Himpunan Mansuh ISA

Marilah bersama-sama, tekadkan hati, bulatkan suara, hadirkan jiwa membantah akta rimba!




Wednesday, July 01, 2009

Nasi Ayam Roket Mukatamar PAS Ke-54 2009

Kemeriahan dan kehangatan Muktamar PAS Ke-54 di Shah Alam Selangor meliputi dalam dan luar dewan. Sedang perwakilan sibuk berbahas, bermuktamar, hadirin di luar dewan tidak ketinggalan menikmati kemeriahan pelbagai jualan barang-barang, makanan yang datangnya dari pelbagai tempat, utara, selatan, timur dan barat.

Bagi Jabatan Amal Negeri Johor, peluang tidak dilepaskan sebagai sebahagian aktiviti menjana ekonomi dengan membuka warung Nasi Ayam Roket!. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan seunik namanya. Pengunjung dari pelbagai peringkat umur berpusu-pusu berkunjung mahu menikmati keistimewaan Nasi Ayam Roket yang jarang-jarang ditemui.

Tenggekan nasi menarik perhatian orang ramai.


Sedikit kelainan yang ditonjolkan oleh Unit Amal ialah kemampuan berniaga dan sebenarnya adalah lebih dari itu.


Ustaz Zamri yang popular melalui TV9 sempat meluangkan masa di warung Nasi Ayam Roket!


Orang-orang kuat yang beraksi di belakang tabir.